Tuesday, August 14, 2012

harihari akhir puasa 2012

hari ini 25 hari kita berpuasa
sudah hampir kepenghujungnya
beratku kurang
kerana kurang makan
juga kerana mengambil kesempatan
atas kebaikanmu ramadan
terasa masih enggan melepaskan mu
sampai bilabila pun kau kurindui

aku masih tergapaigapai
mencari berkahmu ramadan
masih tidak sabar
masih memendam entah apa
masih terkialkial menghabiskan alquran
masih malas dengan segalanya
solatku masih berkada
belum berkhatam anakku kerana aku tidak memaksa
masih mendapat satu kepuasan bila bertekak dgn insan itu
oh kasihan pada dia?

ramadan ramadan maafkan aku
tidak berani berjanji
andai kita bertemu lagi
aku ingin jadi insan lebih
dari tahun ini
insyaallah
dengan izinnya

No comments:

Post a Comment