Wednesday, October 28, 2009

harikedua

kenapa aku memilih untuk menulis ditika yang begini? seharian hingga kepetang begini aku hanyut dibuai entah apa, terasa percumanya hidup ini untuk seorang aku. ya tuhan, jangan biarkan perasaan begini menghantui. kelirunya seorang aku

Tuesday, October 27, 2009

27hbokt2009 hari pertama

hari sudah petang, mendung seakan melambangkan hatiku yang walang. terasa cepatnya waktu berlalu bagai dikejar sang algojo, rasaku tepat sekali kerana insan senantiasa dikejar sidia. dilangit sudah ada kedengaran bunyi guruh, tandanya hujan serius mahu membasahi bumi. sebenarnya aku gerun dengan suasana begini, dia mengingatkan aku pada betapa kerdilnya insan betapa kerdilnya aku dalam gambaran alam dewaktu2 begini.

hati tak menentu, ada keinginan yang tidak dapat dipenuhi, ada sesuatu yang meruntun perasaan sehingga aku hanya ingin tidur dan melupakan segalanya seketika.