Sunday, December 18, 2011

hujan tidak berhenti

hujan oh hujan
berdukakah tuan atau rahmat yang tuan bawa
tahukah tuan hari telah senja
seharian tuan seakan meratapi
telah durhakakah kami maka tuan berduka begini
hampir banjir tanaman kami
sungai kluang telah mencecah tebing
nanti pasti kg bentong rumahrumahnya tinggal bumbung yg kelihatan

andai ini rahmat
aku lebih cenderung mengatakan begitu
bandar yang sesak jadi lengang dan hening
ratarata yg dilihat hanya titiktitik tuan atas aspal
yang hari ini kemilau bersih dari debu dan noda entah apa

Friday, December 16, 2011

after the rain

hujan dari awal pagi tibatiba berhenti lalu terbitlah matahari dan pagi menjadi indah kerana bumi yang masih basah. beginilah lumrahnya alam, ada sesuatu yang mungkin kita ingini disebalik sesuatu yang tidak kita mahu. life is about balance, somehow we need to find the factors to such balance.
tidak mahu hari ini berlalu begitu saja, semangat terasa tidak luntur dengan insiden pagi ini, aku maafkan dia kerana mungkin dia tidak dengar, so okay lets move on.
alangkah trivialnya, tapi pagi yang cerah ini membuat semangatku turut jadi ceria

Thursday, October 20, 2011

searching for a kinder heart

kadangkadang tidak percaya ada hati insan lain yang lebih baik dari hatiku yang sentiasa mencari kebaikan dalam setiap kejadian, baikkah hatiku???? tidak percaya
hati yang sebaik ini sering disakiti.

menungan yang sewaktu2nya amat meletihkan, agak tersia sisa waktu dengan menungan.

Monday, October 3, 2011

hari ketiga

alive again ingin menulis lagi, masa sering mencemburui , ingin meninggalkan jejak, tapaktapak kecil berbekas selamanya dalam memori kemanusiaan. rindu ini sentiasa tidak terlangsai, terbatas dek konstrain kehidupan. mlm ini khususnya, longlai jiwa bagaikan ada yang tak kena, padahal bukan bikin apaapa pun yang menyesakkan tenaga, betapa aku berduka disebalik sedar, terserlah sifat insanku yang selamanya tidak pantas bersyukur.

tapaktapak kecil