Friday, June 21, 2013

harihari yang telah berlalu

tibatiba hari ini
jarijemariku hidup kambali
tidak tahu apa katalisnya

syukur

aku ingin merakam
harihari yang telah berlalu
dengan kepedihan begini menusuk hati

teringatkan saatsaat menguris
betapa aku seorang ibu telah dipersiakan 
membuat aku menilik diri 
telah zalimkah aku pada ibuku

oh bukan anakanakku
tapi anak buah yang aku sayangi
dengan sewenangnya menhiris hati seorang warisnya
lalu dengan angkuhnya siibu pula
menambah cuka diirisan
dengan mengatakan:  suka diala,  anak dia.  hang ada tolong aku?? 
aku terkedu
terasa ingin bersemenda
buat selamanya dengan sidungu itu
tapi takterdaya kerana sifatku
yang sentiasa mencari alasan 
dan amat benci pada persengketaan.  
aku akan sentiasa tewas
dalam apa2 pun konfrontasi

aku sentiasa kasih pada adik2ku
apatah lagi aku yg paling tua
antara mereka

aku sentiasa ingin jadi pelindung
hingga kesaat ini
bukannya aku naif
atas keupayaan kalian 
tapi sifatku memang begitu

begitu lama tidak bersapa
baru saja menitip bicara
kami diuji lagi
aku dan sidungu adikku itu
aku tibatiba dihadiahkan dgn sebentuk cincin kawen
yang aku amat kenal
kerana selama hampir 30 tahun kawen
tulah rupa cincin nikahku

aku terkedu
kerana aku kehilangan cincin itu
dihari dia berada dirumahku
sempena resepsi kawenmu junah

aku hanya berperasangka saja
tidak sampai menuduh lagi
tapi sakan sungguh sidungu menyerangku
kerana dia merasa teraniaya

nekatnya dia bersumpah
dengan kitabMu
lalu aku terima beraninya
aku harus memohon kemaafan
kerana telah bersangsi
dan mentinta reputasinya

andainya aku telah melebihi sudu
terhiris hati dan mencabar reputasimu adik
aku sejujurnya memohon maaf

tidaklah kutahu
apa yg menunggu
diharihari muka
kerana Allah saja yang punya
segalanya




Wednesday, May 8, 2013

seorang wanita isteri ibu dan nenek

hari ini
aku mengenali seorang insan
dengan mudahnya dia menawan hatiku
dengan begitu santai sekali

dia antara sejuta
insan istimewa
sangat simple orangnya

kak faridah hanim
xsedar betapa istimewanya dia
begitu bersahaja menangani segalanya
pasrah dan redha
buat yg terbaik
seadanya
sedaya dia

dia alpha female
sangat yakin dgn dirinya
sedar keupayaan
dan terima
hakikat kehidupan

kurus tinggi
tanpa sebarang fat
dalam tubuhnya
kerana dia amat selective
dgn apa yg masuk keperutnya

mula hari dia
dgn solat diawal pagi
sampai matahari terbenam
dia masih bertenaga
masih tersenyum
masih taking charge
masih iklas

ah salut kak faridah hanim
semoga hidupmu sentiasa
diberkati