jarijemariku hidup kambali
tidak tahu apa katalisnya
syukur
aku ingin merakam
harihari yang telah berlalu
dengan kepedihan begini menusuk hati
teringatkan saatsaat menguris
betapa aku seorang ibu telah dipersiakan
membuat aku menilik diri
telah zalimkah aku pada ibuku
oh bukan anakanakku
tapi anak buah yang aku sayangi
dengan sewenangnya menhiris hati seorang warisnya
lalu dengan angkuhnya siibu pula
menambah cuka diirisan
dengan mengatakan: suka diala, anak dia. hang ada tolong aku??
aku terkedu
terasa ingin bersemenda
buat selamanya dengan sidungu itu
tapi takterdaya kerana sifatku
yang sentiasa mencari alasan
dan amat benci pada persengketaan.
aku akan sentiasa tewas
dalam apa2 pun konfrontasi
aku sentiasa kasih pada adik2ku
apatah lagi aku yg paling tua
antara mereka
aku sentiasa ingin jadi pelindung
hingga kesaat ini
bukannya aku naif
atas keupayaan kalian
tapi sifatku memang begitu
begitu lama tidak bersapa
baru saja menitip bicara
kami diuji lagi
aku dan sidungu adikku itu
aku tibatiba dihadiahkan dgn sebentuk cincin kawen
yang aku amat kenal
kerana selama hampir 30 tahun kawen
tulah rupa cincin nikahku
aku terkedu
kerana aku kehilangan cincin itu
dihari dia berada dirumahku
sempena resepsi kawenmu junah
aku hanya berperasangka saja
tidak sampai menuduh lagi
tapi sakan sungguh sidungu menyerangku
kerana dia merasa teraniaya
nekatnya dia bersumpah
dengan kitabMu
lalu aku terima beraninya
aku harus memohon kemaafan
kerana telah bersangsi
dan mentinta reputasinya
andainya aku telah melebihi sudu
terhiris hati dan mencabar reputasimu adik
aku sejujurnya memohon maaf
tidaklah kutahu
apa yg menunggu
diharihari muka
kerana Allah saja yang punya
segalanya

No comments:
Post a Comment